Monday, July 6, 2009

PERHATIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak syarikat mendapati terdapat pengusaha di kawasan Utara yang telah menyalin dan membuat sedikit pindaan Program Usahasama yang dijalankan TANPA KEBENARAN. Oleh itu, pihak syarikat ingin memaklumkan bahawa AA Agro Sdn Bhd tidak pernah dihubungi ataupun terlibat dengan usahasama tersebut walaupun kandungan program adalah 90% milik AA Agro Sdn Bhd. Anda dinasihatkan berhubung terus dengan kami sekiranya anda ingin mengetahui mengenai Program Usahasama Fertigasi Berkelompok, sila hubungi Azrin di 019-7106698 atau Faidzal 017-2388381.

Sekian, harap maklum.

Kemajuan Kerja Tapak Minggu 1, Julai 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk kerana pelbagai kerja telah bermula. Kabin Pejabat telah tiba dan dipasang. Dengan adanya kabin pejabat tersebut akan memudahkan kerja pendawaian utama, ruang menunggu di ladang dan bilik operasi. Di samping itu, kerja memasukkan medium ke polibeg juga telah dimulakan. Kerja pemasangan dimulakan di bahagian hujung tapak bagi memudahkan penghantaran barangan dan peralatan. Antara gambaran tapak seperti di bawah.


Kabin pejabat diletakkan menghadap ke arah ladang bagi memudahkan pemantauan.

Sebahagian peralatan yang telah tiba di tapak dan kerja pemasangan sudah dimulakan.


Antara kerja memasukkan sabut ke polibeg telah dilakukan sebelum kerja menghampar silvershine dimulakan.

Pengecualian Duti Setem untuk Perjanjian Usahasama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 3 Julai 2009, kami telah menghantar beberapa dokumen ke Pejabat Hasil Dalam Negeri di Shah Alam untuk tujuan mematikan setem. Berbekalkan sejumlah bayaran, dokumen tersebut diserahkan kepada pegawai terbabit. Alhamdulillah, kami dimaklumkan bahawa urusan tersebut mendapat pengecualian dari membayar Duti Setem di bawah Butiran 49 Jadual 1 Akta Setem 1949. Ini merupakan penjimatan tambahan kepada pengusaha. Antara dokumen yang telah mendapat pengecualian duti setem adalah seperti berikut.

Friday, July 3, 2009

Selamat Datang Pengusaha Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada pengusaha baru yang telah menyertai Projek Usahasama bersama AA Agro Sdn Bhd. Untuk makluman, syarikat telah mendapatkan kontrak bekalan sebanyak 2 tan metrik sebagai permulaan dan akan ditingkatkan berdasarkan kepada prestasi dan kualiti bekalan. Oleh itu, kadar RM4 sekilogram adalah bagi memastikan pengusaha memperolehi hasil yang tetap sepanjang masa walaupun harga di pasaran merundum seperti sekarang.

Berdasarkan purata harga pada tahun 2008 oleh Fama, harga ladang adalah sekitar RM4 sekilogram. Apabila dipadankan pada polar pasaran tahun 2009, penurunan harga cili memang dijangka pada penghujung bulan Mac daripada RM4.50 dan menyaksikan harga terendah RM2.99 pada bulan April dan akan meningkat pada bulan 5 dan seterusnya pada kadar antada RM3.80-RM4.50. Harga pada bulan 6 akan mula menunjukkan penurunan sehingga bulan 11 pada harga antara RM3.30 ke RM4.15 dimana purata harga dalam tempohtersebut berada disekitar bawah RM4.

Analisis tersebut berdasarkan pada harga tahun 2008. Padanan dengan tahun 2009 agak berbeza kerana sejak bulan Mac sehingga kini bulan 7 telah menjelma tetapi polar harga menunjukkan penurunan harga yang jauh lebih rendah. Kini harga telah berada di sekitar RM2-RM3.00 agak lama dan kenaikan harga agak perlahan. Jika berdasarkan pada keadaan pasaran kini, purata harga ladang mungkin sukar untuk mencapai RM4 seperti tahun sebelumnya.

Ini bermakna harga yang syarikat tawarkan adalah baik berbandingkan turun naik harga pasaran sekarang.

Tahniah sekali lagi bagi pengusaha yang telah melihat peluang yang syarikat sediakan. Harga yang ditawarkan adalah kerana fokus pasaran syarikat adalah pada industri pemprosesan berbanding pasaran segar di pasar borong.

InsyaAllah, dengan perancangan sedia ada, syarikat bercadang untuk membesarkan usahasama ini di tapak yang lebih luas nanti.

Sekian, harap maklum.

Perubahan Saiz Kawasan dari 30 ekar ke 8 ekar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa saiz yang dicadangkan sebelum ini terpaksa dikurangkan kepada 8 ekar sahaja. Ini bermakna hanya 8 lot tapak sahaja yang ditawarkan untuk dipajak berbanding 30 lot sebelum ini. Pengurangan keluasan ini tidak dapat dielakkan setelah perbincangan secara terus bersama Komandan Puspen Dengkil, Tn Hj Shaharudin, sebahagian besar kawasan telah diluluskan untuk pembangunan pusat latihan dalam RMK10 pada tahun 2011 nanti. Kami berpendapat risiko untuk menjalankan usahasama di tapak yang telah mempunyai perancangan adalah tinggi kerana ianya akan diambil alih untuk pembangunan kemudiannya dan kami elakkan risiko tersebut untuk mengelakkan kerugian. Oleh itu, tapak yang kami pilih tidak mempunyai sebarang perancangan untuk tempoh jangka masa yang panjang. Kekeliruan ini berlaku kerana kami ditawarkan kawasan seluas 30 ekar oleh KOSSEL tanpa memikirkan kesan dan akibat. Namun, segalanya lebih jelas setelah kami berurusan secara terus dengan Tn. Komandan.

Sehingga kini 4.5 lot telah dimiliki menggunakan pembiayaan sendiri dan baki lot sedia ada untuk pajakan adalah 3.5 ekar/lot. Bagi anda yang telah menghantar borang penyertaan tetapi memerlukan kemudahan pinjaman, dukacita kami maklumkan, usaha untuk mendapatkan bantuan dari pihak Tekun oleh En. Azmi, Kossel tidak dapat diteruskan akibat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehubungan itu, bagi anda yang berminat, perlu bertindak segera.

Sekian harap maklum.

Perkembangan Projek Usahasama






Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, banyak perkara telah bermula dan InsyaAllah berjalan lancar. Bermula dengan kerja-kerja pembersihan tanah sehingga peringkat pemasangan peralatan.
Kerja tanah dimulakan dengan meratakan di bahagian tengah tapak dan dilonggokan di tepi sempadan bagi membina dinding mengelakkan air dari luar masuk ke dalam tapak terutamanya sewaktu musim tengkujuh. Kaedah ini dilakukan bagi mengurangkan impak musim tengkujuh ke atas tapak nanti. Dibahagian tengah nanti akan dibina longkang bagi mengalirkan air di dalam kawasan ke kolam takungan sedia ada. Apabila paras air telah mencapai tahap kritikal, air akan dipam keluar ke parit sedia ada. InsyaAllah musim tengkujuh nanti kamitelah bersedia.


Kerja pembersihan menggunakan Buldozer terus ke dalam kawasan. Menurut operator jentera, beliau terjumpa banyak ularyang mendiami kawasan tersebut. Namun, hayatnya tidak panjang kerana jentera telah menjamah tubuhnya dan menjadikannya sebahagian dari baja di tanah tersebut. Selepas kejadian tersebut, kami lebih berhati-hati untuk masuk ke belukar berhampiran mengelakkan kejadianyang tidak diingini.
Gambar di atas adalah longgokkan tanah dan pokok yang ditolak ke tepi sebagai pendinding kawasan.

Walaupun arahan telah diberikan kepada operator jentera untuk mebersihkan tapak, kami terpaksa memantau sepanjang masa kerja dilakukan kerana hendak memastikan kerja pembersihan memenuhi keperluan kami. Ini bagi mengelakkan kerja berganda dan mempercepatkan kerja pembersihan. Tujuan jentera ini adalah untuk mebersihkan pokok di kawasan dan membina dinding tapak. Bagi kerja menghaluskan kawasantapak agar lebih rata, jentera lain diperlukan. Sebahagian tapak tidak tapak dilalui oleh jentera berat ini kerana keadaan tanah yang terlalu lembap. Syukur, semasa kerja ini dilakukan, matahari menyumbangkan khidmat dan memudahkan proses pembersihan.



Kini kelihatan sebahagian tanah yang telah diratakan dan di trim sedikit. Kerja pembersihan oleh Buldozer ini selesai dalam masa 2 hari bagi keluasan awal lebih kurang 5 ekar. Keputusan hanya pembersihan permulaan adalah bagi mengelakkan rumput yang tumbuh semula sekiranya kerja pemasangan belum dimulakan.

Akan disambung selepas ini.




Wednesday, April 15, 2009

Post Taklimat

Assalamulaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, pada hari Ahad, 12 Mac 2009, Sesi Taklimat telah berjaya diadakan dengan kehadiran hampir 40 orang dari pelbagai negeri. Kami berterima kasih kepada anda yang sudi hadir mendengar taklimat. Ianya bertujuan menerangkan lebih terperinci program yang kami anjurkan.

Sehubungan itu, Program Usahasama Fertigasi Berkelompok kini dibuka untuk pendaftaran. Bagi anda yang berminat, sila download fail yang akan saya muatkan. Sementara itu, sekiranya ingin mendapatkan dengan segera, sila emel saya di agrofastforward@yahoo.com.my. 

Sekian terima kasih.